Remove this ad

#21 [url]

Mar 15 10 12:07 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

[quote]by hafaba » Sun Mar 14, 2010 1:40 pm

beekomp wrote:
Ana ada satu masalah lagi:

Bila penggabungan data antara sekolah dilakukan, ramai murid yang sudah ada di dalam database jadi hilang.
Bila ana check, rupa-rupanya kes berlaku lanjutan dari proses hapus data tembung ( yang ditanda 'check mark'); Apa yang berlaku ialah: semua murid yang bertanda 'check' di dalam sistem (data) akan dipadam sama.

Sila download Patch SMM 4.01 dari laman web http://hafaba.googlepages.com atau dari laman web PPD Barat Daya Pulau Pinang

Terimakasih, segala masalah telah selesai.
Oh ya, Terdapat Patch tebaru (11 Mac 2010) SMMv4.02 di blog PPD Barat daya.

Quote    Reply   
Remove this ad

#22 [url]

Apr 9 10 4:35 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

Pada pendapat saya, Ruangan INFO PENJAGA perlu ada berasingan dengan INFO BAPA dan INFO IBU. Ada kes di mana Murid tinggal dengan orang lain sedangkan ibubapanya masih hidup, maka kita perlukan kedua-dua kategori maklumat tersebut. Lagi pun, kalau Status Bapa dan Ibu sudah meninggal, maknanya nama bapa serta ibunya masih diperlukan lagi di dalam Sistem; di mana nak dimasukkan nama penjaga terkini murid berkenaan?

Quote    Reply   

#24 [url]

Apr 23 10 2:21 AM

Sistem semak smm v 4

terima kasih tuan kerana menyediakan satu sistem semakan data smm v4. memang sangat membantu saya dalam mengendalikan sistem ini di sekolah. cuma cadangan saya supaya sistem ini boleh ditambahbaik lagi iaitu dengan membuat semakan mengikut tingkatan... tambah satu filter semakan lagi... ini bagi memudahkan guru-guru tingkatan membuat semakan setelah cetakan ralat dibuat daripada sistem...

semoga cadangan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan...
sekian... terima kasih..

Quote    Reply   

#25 [url]

Apr 24 10 11:24 AM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM) V4

abdjars wrote:

1. Saya ada satu Sistem Pengemaskinian SMM versi4 yang saya bina (ciplak?) untuk kegunaan Guru Data Sekolah dan para JU SMM Daerah di Negeri Kelantan. Saya tak pandai nak letakkan ia di sini, jadi kalau ada sesiapa yang berminat sila hungi saya terus di alamat: beekomp@gmail.com.

Email ler pada saya di hafaba@gmail.com

Quote    Reply   

#26 [url]

Apr 29 10 1:28 PM

Re: Sistem semak smm v 4

abputera wrote:
terima kasih tuan kerana menyediakan satu sistem semakan data smm v4. memang sangat membantu saya dalam mengendalikan sistem ini di sekolah. cuma cadangan saya supaya sistem ini boleh ditambahbaik lagi iaitu dengan membuat semakan mengikut tingkatan... tambah satu filter semakan lagi... ini bagi memudahkan guru-guru tingkatan membuat semakan setelah cetakan ralat dibuat daripada sistem...

semoga cadangan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan...
sekian... terima kasih..

InsyaAllah saya akan cuba sediakan feature tersebut. Buat masa ini sedang sibuk membangunkan sistem maklumat kantin versi 2.0 dan Program Sijil Kokurikulum versi 2.1

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#27 [url]

Apr 29 10 1:29 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

beekomp wrote:
Pada pendapat saya, Ruangan INFO PENJAGA perlu ada berasingan dengan INFO BAPA dan INFO IBU. Ada kes di mana Murid tinggal dengan orang lain sedangkan ibubapanya masih hidup, maka kita perlukan kedua-dua kategori maklumat tersebut. Lagi pun, kalau Status Bapa dan Ibu sudah meninggal, maknanya nama bapa serta ibunya masih diperlukan lagi di dalam Sistem; di mana nak dimasukkan nama penjaga terkini murid berkenaan?

Saya setuju dengan cadangan itu. Ditambah satu lagi iaitu Tanggungan juga diletakkan pada Info Bapa, Info Ibu dan Info Penjaga

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#28 [url]

Apr 29 10 1:31 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM) V4

abdjars wrote:
Macamana nak buat Query untuk senarai pelajar dan no. pendaftaran sekolah

Sila buka fail SMMDATA dan bina query disana. Select TMURID.NAMA, TMURID.NoPendaftaran FROM TMURID

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#29 [url]

May 10 10 12:57 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM) V4

hafaba wrote:
beekomp wrote:

1. Saya ada satu Sistem Pengemaskinian SMM versi4 yang saya bina (ciplak?) untuk kegunaan Guru Data Sekolah dan para JU SMM Daerah di Negeri Kelantan. Saya tak pandai nak letakkan ia di sini, jadi kalau ada sesiapa yang berminat sila hungi saya terus di alamat: beekomp@gmail.com.

Email ler pada saya di hafaba@gmail.com

Dah saya emelkan aplikasi tersebut.
Baikilah dimana perlu dan kongsikan bersama jika ada kegunaannya.

Quote    Reply   

#30 [url]

Jul 13 10 9:08 AM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

Saya telah upgrade Sistem Semak SMM Versi 4 build 1.2.1 yang terdapat dalam dua versi iaitu versi Guru Data (Boleh Edit data dalam Pangkalan Data Utama dan versi JU SMM (Tidak boleh edit data dalam pangkalan data utama). Sila muat turun perisian ini dari laman web saya http://hafaba.googlepages.com . Manual pengguna juga telah disediakan dan saya menyambut baik sebarang tambah query ke dalam perisian tersebut (Guna Backdoor). Mohon juga mengemaskini manual pengguna Sistem Semak SMM versi 4 dari rakan-rakan bagi memperkemaskan lagi perisian tersebut. Saya agak terikat dengan perisian lain iaitu SISMAKAN dan Program Sijil Kokurikulum.

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   
Remove this ad

#31 [url]

Jul 16 10 1:00 AM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

Terima kasih tuan kerana telah upgrade sistem semakan smm tersebut. saya try download tapi x dapat. nanti saya try lagi. terima kaasih kerana membantu kali guru2 smm ini.

Quote    Reply   

#32 [url]

Jul 21 10 3:50 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

[quote]
by abputera » 16 Jul 2010 01:00

Terima kasih tuan kerana telah upgrade sistem semakan smm tersebut. saya try download tapi x dapat. nanti saya try lagi. terima kaasih kerana membantu kali guru2 smm ini.

Terima kasih kerana mencuba untuk download. Kegagalan download file tersebut ialah:

Sebab 1: Sekiranya tuan menggunakan SchoolNET, laman web saya tidak boleh dibuka. Mohon gunakan line dari rumah, cybercafe, streamyx atau broadband. Jangan guna line SchoolNET.

Sebab 2: Link tersebut telah expired. Saya menggunakan kemudahan FREE FILE SERVER. Saya telah tukar download site tersebut. Tempoh download adalah 7 hari dari tarikh saya upload fail ke internet. Sekiranya pihak tuan ada menyediakan kemudahan file server, saya boleh tempatkan fail tersebut di dalam server tuan. Sila rujuk bahagian MOHON BANTUAN di skrin utama SMM di laman web saya.

Sebab 3: Tuan berada di belakang firewall. Mohon semak access right pada firewall tersebut

Sebab 4: Internet Security features yang ada pada Antivirus tuan mungkin tidak membenarkan laman web untuk download link tersebut dibuka.

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#33 [url]

Jul 22 10 10:48 AM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

salam,cik,
saya baru ditugaskan sbg guru data smm,yang saya pening..mcam mana nak zipkan file yang telah dieksport secara automatik...sebab setiap kali eksport saya kena zipkan secara manual.. terima kasih..tolonglah sy..

Quote    Reply   

#34 [url]

Aug 2 10 2:38 AM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

[quote]
by smmaini » Thu Jul 22, 2010 10:48 am

salam,cik,
saya baru ditugaskan sbg guru data smm,yang saya pening..mcam mana nak zipkan file yang telah dieksport secara automatik...sebab setiap kali eksport saya kena zipkan secara manual.. terima kasih..tolonglah sy

Tahniah di atas perlantikan pun sebagai Guru Data SMM. Untuk zipkan fail yang dieksport secara automatik, puan dikehendaki menggunakan perisian SMM Versi 4 sahaja. Masukkan disket dan eksport fail tersebut.

Jika komputer puan tiada floppy drive, sila gunakan Eksport PPD. Fail DATAHEM akan dibina di dalam folder C:\HEM (Zip file) dan puan boleh copy fail ini ke thumb drive atau email ke PPD puan. Eksport data dari Sistem Semak SMM hanya akan mengeluarkan teks fail (5 teks fail sahaja). Proses ZIP hendaklah dilakukan secara manual.

Jika komputer puan gagal untuk melaksanakan proses ZIP melalui perisian SMM Versi 4 atau secara manual, mohon scan komputer tersebut menggunakan Bitdefender atau Kaspersky atau Avira terlebih dahulu. Puan juga boleh cuba download perisian antivirus SMAD_AV versi 8.2 (percuma).

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#35 [url]

Aug 19 10 2:27 AM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

Assalamualaikum...
Masalah saya ialah senarai nama pelajar yang sama berulang banyak kali pada bahagian papar dan cetak senarai murid. Ada yang berulang sampai 6 kali padahal no IC yang sama. Bilangan pelajar menjadi bertambah berganda, padahal dalam database bilangan pelajar adalah betul. harap bantu saya
Terima kasih

Quote    Reply   

#36 [url]

Sep 6 10 10:54 AM

Perulangan rekod dalam ralat menunjukkan wujud lebih dari satu ralat yang melibatkan pelajar berkenaan. Sebagai contoh jika ada adik-beradik di sekolah yang sama, ralat akan wujud lebih dari sekali kerana melibatkan adik dan abang/kakak pelajar berkenaan. Jika perlukan lebih maklumat, mohon email data smm dan contoh ralat yang dipaparkan untuk saya lakukan semakan.

Mohon download Sistem Semak SMM versi JU (untuk Jurulatih Utama) dan SMM Semak versi GD (Untuk Guru Data) dari laman web saya di http://hafaba.googlepages.com

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#37 [url]

Sep 6 10 11:23 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

Salam,
Saya baru masuk dalam forum ni..... Alhamdulillah saya dah cuba semak smm v4 untuk sekolah-sekolah daerah saya. majoriti memperolehi gred A pada tahap 2 dan 3. Banyak masalah juga pada permulaannya. Tapi dapat diselesaikan. Terima kasih kepada pencipta semak versi 4 ini. Untuk peringkat Negei Sarawak saya belum buat lagi. Cuma saya dah try sikit. Berjuta ralatnya. Saya tahu sememangnya data yang dihantar itu tidak tepat, tidak lengkap dan tidak kemaskini. Kita akan berusaha bersama-sama dengan pegawai meja daerah untuk menyelesaikan masalah ini.

Quote    Reply   

#38 [url]

Sep 19 10 3:29 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

naijoe06 wrote:
...saya dah cuba semak smm v4 untuk sekolah-sekolah daerah saya. majoriti memperolehi gred A pada tahap 2 dan 3. Banyak masalah juga pada permulaannya...

Terima kasih kerana mencuba perisian Semak SMM ini. Jika ada sebarang kesilapan pada queries mohon maklumkan pada saya. Jika ada cadangan tambahan - insyaAllah saya akan cuba bangunkan. Tahniah juga kerana Gred A bagi Tahap 2 dan Tahap 3. Data SMM mungkin memerlukan 3 tahun untuk menjadi sempurna. Sama-samalah kita berjuang untuk memastikan data tersebut tepat dan lengkap. Pastikan tuan telah membaca manual sistem Semak tersebut. Mungkin boleh diperkembangkan lagi ...

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#39 [url]

Sep 24 10 11:18 PM

Re: Sistem Maklumat Murid (SMM)

Salam,
Saya dah cuba ketiga-tiga semak yang diberi. Semak Ju tidak banyak yang dapat dikesan ralatnya. Antara semak smmv 4 dan semak GD terdapat ralat-ralat yang teidak dapat dikesan pada semak smmv 4 boleh dilihan kesan pada semak GD. Begitu juga sebaliknya.
Ingin saya kongskan field pada aplikasi SMM V 4, iaitu info bantuan. Bagi sekolah-sekolah yang ada murid kelas khas, bagaimanakan cara untuk menandakan jenis bantuannya mengikut darjah. Sebab tidak ada kelas khas. Mohon respon segera.

Quote    Reply   

#40 [url]

Oct 4 10 8:29 AM

Terima kasih kerana mencuba perisian semak tersebut. Sistem Semak dibangunkan untuk membantu JU atau Guru Data mengesan kesilapan pengisian data. Semakan bergantung kepada sistem queries yang digunakan. Guru Data atau JU perlulah membuat semakan secara manual jika ingin memastikan semua ralat yang wujud dapat disemak.

Bagi murid kelas khas, oleh kerana tidak kelas khas di dalam SMM, maklumat bantuan murid berkenaan tidak perlu diisi. Pastikan tuan menggunakan SMM Versi 4.02. Jika tidak keberatan tuan boleh memaklumkan jenis-jenis ralat yang belum ada di dalam Sistem Semak JU atau GD dengan memberikan syarat-syarat data yang diterima, saya boleh binakan query untuk mengesan ralat tersebut.

Terima kasih.

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   
Remove this ad
Add Reply

Quick Reply

bbcode help