Remove this ad

PROSHAD: Program Statistik Kehadiran

Rss     Subscribe     Share     Tweet    


0 Points

Lead

Dec 11 10 5:23 PM

Tags : :

PROSHAD adalah ringkasan kepada PROgram Statistik keHAdiran muriD. Ia digunakan oleh pihak sekolah untuk merekodkan bilangan Murid Hadir, Hadir tetapi terlibat dalam aktiviti kokurikulum (contohnya mewakili sekolah ke pertandingan MSSD), Tidak Hadir Bersebab (Contohnya mempunyai surat doktor atau surat ibubapa) dan PONTENG. Kiraan bilangan kehadiran murid boleh dilakukan mengikut mingguan, bulanan dan tahunan serta ringkasan keseluruhan bagi sesebuah sekolah (automatik oleh PROSHAD). Data kemudian boleh dicetak dan dieksport ke PPD untuk digabungkan bagi menganalisis status kehadiran murid mengikut PPD. PROSHAD boleh digunakan di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah.

Perisian ini akan dimuatnaik akhir bulan Disember - hingga hari ini 12/12/2010 - Program telah siap 70%. Pembinaan program bermula pada 09/12/2010 dan dijangka mengambil masa 1 bulan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam forum dan laman web saya.

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   
Remove this ad
Remove this ad

#1 [url]

Dec 24 10 4:05 PM

Re: PROSHAD: Program Statistik Kehadiran

PROSHAD versi 1.0 build 10.003 telahpun dimuat naik ke laman web saya http://hafaba.googlepages.com. Bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk menggunakan PROSHAD, harap dapat hubungi saya. Update akan terus dimuatnaik khususnya melibatkan laporan. Jika pihak sekolah memerlukan laporan yang khusus, sila maklumkan kepada saya.

PROSHAD versi 2.0 akan menggunakan bilangan kehadiran berasaskan pecahan kaum dan jantina. Masih diperingkat alfa

PROSHAD versi 3.0 akan merekodkan kehadiran seperti Buku Rekod Kedatangan (termasuk kiraan purata dan rekod surat amaran). Masih diperingkat alfa

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   

#2 [url]

Dec 27 10 2:34 PM

Re: PROSHAD: Program Statistik Kehadiran

PROSHAD versi 1.0 build 0005 telah dimuatnaik ke laman web saya. Tambahan dalam build 0005 ialah kemudahan import dan eksport data dari SMM dan Guru Kelas. Cetakan 12 laporan analisa kehadiran murid. Jika ada laporan yang diingini oleh pihak sekolah, harap dapat emailkan pada saya format laporan yang dikehendaki.

Lawat http://hafaba.googlepages.com untuk perisian-perisian berkaitan Pendidikan

Quote    Reply   
Add Reply

Quick Reply

bbcode help